Kuiz Silang Kata Dan Klik Dengan Bijak
13 September 2015 | Aktiviti TerkiniPI Pokok Jawi telah mengadakan aktiviti Kuiz Silang Kata dan Klik Dengan Bijak pada 12 September 2015 iaitu pada hari Sabtu. Seramai 10 orang peserta telah menyertai iaitu 9 orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan. Aktiviti ini dilakukan adalah untuk menguji minda peserta dengan kuiz teka silang kata serta memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Taklimat Klik Dengan Bijak diberi dengan pengenalan kepada Klik Dengan Bijak dan kesan penggunaan Jalur Lebar tanpa kawalan boleh memberi kesan yang buruk kepada belia masa kini. Selain itu, aktiviti Kuiz Silang Kata dapat menambah ilmu para peserta mengenai ICT dan menguji tahap ketangkasan minda peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: